Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura & Jerman bincang isu keselamatan siber, pembangunan mampan

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura & Jerman bincang isu keselamatan siber, pembangunan mampan

Gambar: Tobias SCHWARZ / POOL / AFP

Diterbitkan : 05 Apr 2022 06:04PM Dikemas Kini : 05 Apr 2022 06:06PM

SINGAPURA: Singapura dan Jerman membincangkan isu keselamatan siber serta pembangunan mampan.

Isu itu dibincangkan semasa kunjungan Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan ke Jerman di mana beliau bertemu rakan sejawatannya, Annalena Baerbock.

Mereka turut akur bahawa hubungan antara warga kedua-dua negara perlu dipertingkatkan.

Semasa sidang media bersama, mereka turut menyentuh krisis di Ukraine.

"Walaupun Singapura sebuah negara kecil yang jauh dari Eropah, kami memutuskan untuk mengambil satu pendirian. Bukan untuk berpihak, tetapi untuk berdiri atas prinsip. Oleh itu, Singapura mengutuk keras serangan Rusia ke atas Ukraine. Kami juga telah mengenakan sekatan untuk mengekang upaya Rusia menyerang rakyat Ukraine serta mencabuli kedaulatannya," ujar Dr Vivian Balakrishnan.

Sumber : CNA/IQ/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan