Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Indonesia rancang terus pertingkat kerjasama ekonomi

Singapura dan Indonesia mahu meningkatkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara, termasuk dalam bidang daya tenaga, pembangunan prasarana dan ekonomi digital.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Indonesia rancang terus pertingkat kerjasama ekonomi

Encik Gan Kim Yong dengan Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Bapak Arifin Tasrif (kiri) dan Menteri Pelaburan Bapak Bahlil Lahadalia (kanan). (Gambar: Kedutaan Singapura di Jakarta/Facebook)

JAKARTA: Singapura dan Indonesia mahu meningkatkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Ini termasuk dalam bidang daya tenaga, pembangunan prasarana dan ekonomi digital.

Semasa lawatan dua hari ke Jakarta, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong mengadakan perbincangan dengan para pegawai kanan Indonesia.

Mereka berbincang tentang bagaimana perniagaan-perniagaan dari kedua-dua negara boleh memanfaatkan peluang-peluang baru yang wujud di negara itu.

Encik Gan juga bertemu dengan para wakil perniagaan Singapura yang berpangkalan di Jakarta serta para wakil dari syarikat-syarikat kewangan, daya tenaga dan teknologi Indonesia.

Indonesia adalah rakan dagang keenam terbesar Singapura, dengan perdagangan antara kedua-dua negara meningkat 21 peratus kepada $59 bilion pada tahun lalu.

Singapura merupakan sumber pelaburan asing terbesar bagi Indonesia sejak 2014.

Sumber : CNA/AI/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan