Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, India meterai perjanjian perkukuh kerjasama dalam bidang sains, teknologi & inovasi

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, India meterai perjanjian perkukuh kerjasama dalam bidang sains, teknologi & inovasi

(Gambar: MTI)

Diterbitkan : 23 Feb 2022 06:27PM Dikemas Kini : 23 Feb 2022 06:41PM

SINGAPURA: Singapura dan India dijangka memperkukuhkan kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

Kedua-dua negara akan menggabungkan bakat serta sumber kajian dan pengembangan (R&D) dalam bidang-bidang seperti teknologi baru, teknologi bersih selain penyelidikan genom dan bioinformatik.

Satu memorandum persefahaman (MOU) antara kedua-dua negara itu dimeterai semasa Sidang Puncak Teknologi India-Singapura 2022. Acara maya itu dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Singapura (MTI), Jabatan Sains dan Teknologi India (DST) serta juga Gabungan Perusahaan India (CII) pada siang Rabu (23 Feb).

Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan S Iswaran berkata lebih banyak peluang kerjasama seumpama itu akan diumumkan dalam masa beberapa bulan akan datang.

"Terdapat banyak bidang kita boleh usahakan bersama.

"Sedang dunia menghadapi krisis iklim serta lebih banyak gangguan pada rantaian bekalan sejagat dan ancaman krisis kesihatan awam pada masa hadapan, kerjasama antarabangsa dalam teknologi dan penyelidikan adalah penting demi membina huraian yang berdaya maju, yang boleh menyelamatkan nyawa dan mata pencarian," tambahnya lagi.  

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan