Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, India akan kerjasama dalam inovasi fintech

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Penguasa Pusat Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa India (IFSCA) memeterai perjanjian pada Ahad (18 Sep) untuk memudahkan kerjasama kawal selia dan perkongsian dalam fintech.

Perjanjian itu akan menggalak kerjasama 'sandbox' kawal selia dan perkongsian maklumat berkaitan bukan penyeliaan mengenai projek-projek inovasi fintech, menurut MAS dana IFSCA dalam kenyataan bersama.

Timbalan Perdana Menteri Singapura dan Menteri Kewangan, Lawrence Wong menyaksikan pemeteraian itu semasa dalam lawatan rasmi ke Gujerat.

Encik Wong juga merupakan timbalan pengerusi MAS.
Dalam ucapan beliau semasa acara itu, Encik Wong meraikan perkongsian yang semakin meningkat antara kedua-dua negara.

Beliau berkata Perjanjian Kerjasama FinTech adalah "perjanjian mercu tanda kerana ia yang pertama seumpamanya bagi kedua-dua pihak untuk memberikan tumpuan kepada kerjasama melalui 'sandbox' kawal selia bersama".

Beliau menambah bahawa Pemerintah Singapura berharap perjanjian itu akan membuka ruang untuk syarikat fintech daripada kedua-dua negara mencuba dan merintis inovasi mereka yang akan membantu mewujudkan pekerjaan dan pelaburan baru.

Di bawah perjanjian itu, MAS dan IFSCA akan memanfaatkan 'sandbox' kawal selia sedia ada dalam bidang kuasa masing-masing untuk menyokong percubaan inovasi teknologi.

Ketua Pegawai Teknologi IFSCA, Joseph Joshy mengatakan beliau berharap kerjasama itu akan membina "jambatan fintech untuk berfungsi sebagai landasan pelancaran bagi fintech India ke Singapura dan landasan untuk fintech Singapura ke India dengan memanfaatkan 'sandbox' kawal selia".
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan