Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura gesa hentikan serangan terhadap orang awam di Gaza, Israel

Singapura menggesa semua pihak terlibat dalam serangan roket di Israel dan Gaza supaya menghentikan serangan ke atas orang awam.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura gesa hentikan serangan terhadap orang awam di Gaza, Israel

Keadaan di Bandar Gaza pada 6 Ogos 2022 (Gambar: AFP/MAHMUD HAMS)

Diterbitkan : 08 Aug 2022 09:26AM Dikemas Kini : 08 Aug 2022 09:41AM
SINGAPURA: Singapura menggesa semua pihak terlibat dalam serangan roket di Israel dan Gaza supaya mengendurkan ketegangan dan menghentikan serangan terhadap orang awam.

Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya pada awal pagi Isnin (8 Ogos).

MFA menyatakan Singapura "amat prihatin" tentang situasi tersebut.

"Kami bersedih atas kehilangan nyawa orang awam yang tidak bersalah. Kami menggesa semua pihak supaya menghentikan serangan terhadap sasaran orang awam, meredakan situasi dan berusaha ke arah gencatan senjata yang dapat bertahan lama.

"Semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk melindungi keselamatan orang awam," menurut kementerian itu.

Para anggota militan Israel dan Palestin di Gaza saling berbalas tembakan pada hujung minggu lalu dalam keganasan rentas sempadan paling dahsyat sejak setahun lalu.

Keganasan itu tercetus disebabkan penangkapan komander kanan kumpulan Jihad Islam, Bassam al-Saadi, yang dibuat oleh Israel.

Menyusuli penangkapan Bassam awal minggu ini, Israel melancarkan apa yang dipanggil serangan terlebih dahulu pada Jumaat terhadap serangan yang dijangkakan daripada Jihad Islam, yang bertujuan membalas dendam atas penangkapan Bassam.

Sebagai respons, Jihad Islam yang disokong Iran melancarkan ratusan roket di Israel.

Jihad Islam menyatakan serangan Israel ibarat "pengisytiharan perang" sebelum ia melancarkan lebih 100 roket ke arah Israel.

Serangan tersebut membimbangkan para pemimpin dunia dan menyebabkan Mesir menjadi orang tengah bagi gencatan senjata tersebut, yang berlaku pada pukul 11.30 malam waktu tempatan pada Ahad.

MFA Singapura menggesa rakyat Singapura di Israel supaya terus berwaspada dan memantau berita dengan teliti.

"Mereka harus mengikut arahan daripada pihak berkuasa tempatan dan mengambil langkah-langkah pencegahan yang diperlukan bagi keselamaran peribadi mereka," jelas MFA.

Rakyat Singapura di Israel harus mendaftarkan diri mereka online.

Rakyat Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Kehormat Singapura di Tel Aviv di talian +9723 6476159/5475109 atau Pejabat Tugas MFA selama 24 jam di talian +65 6379 8800/8855.
Sumber : CNA/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa