S'pura gantung saluran vaksinasi bagi rakyat S'pura di luar negara
Singapura menggantung saluran vaksinasi COVID-19 bagi rakyat negara ini yang berpangkalan di luar negara disebabkan oleh "akses lebih baik" kepada vaksin di seluruh dunia dan pelonggaran langkah-langkah kawalan sempadan.

(Gambar: AFP)
SINGAPURA: Singapura menggantung saluran vaksinasi COVID-19 bagi rakyat negara ini yang berpangkalan di luar negara disebabkan oleh "akses lebih baik" kepada vaksin di seluruh dunia dan pelonggaran langkah-langkah kawalan sempadan.
Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (21 Mac).
Saluran vaksinasi itu dilancarkan pada 11 September tahun lalu untuk memudahkan rakyat Singapura yang berada di luar negara untuk pulang ke negara ini bagi mendapatkan vaksinasi terhadap COVID-19.
"Akses rakyat Singapura di luar negara kepada vaksin COVID-19 di negara yang mereka menetap kini sudah bertambah baik dan kami menyaksikan kemerosotan pada jumlah pendaftaran bagi saluran vaksinasi sejak beberapa bulan kebelakangan ini," menurut kedua-dua kementerian tersebut dalam satu kenyataan media bersama.
Mereka yang sudah mendaftarkan minat untuk menggunakan saluran vaksinasi itu namun belum lagi pulang ke Singapura untuk mendapatkan vaksin perlu berbuat demikian sebelum hujung bulan ini, menurut MFA dan MOH.
Menyusuli penggantungan itu, rakyat Singapura yang pulang ke negara ini boleh mendapatkan suntikan vaksin di pusat vaksinasi khas selepas mereka selesai menjalani notis jangan keluar rumah (SHN).
"Singapura juga melancarkan laluan perjalanan penumpang sudah divaksin (VTL) dengan banyak destinasi, di mana rakyat Singapura di luar negara yang sudah lengkap divaksin boleh pulang ke Singapura untuk mendapatkan dos penggalak tanpa perlu menjalani notis SHN," menurut MFA dan MOH.
Tempoh SHN bagi pelawat belum divaksin juga disingkatkan kepada tujuh hari dan mereka boleh menjalani notis itu di tempat kediaman pilihan dan tidak perlu ke hotel yang diperuntukkan, menurut MFA dan MOH.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.