S'pura, Estonia sahkan komitmen pertahankan peraturan antarabangsa
(Gambar: MINDEF)
SINGAPURA: Menteri Pertahanan Negara, Dr Ng Eng Hen, dan Perdana Menteri Estonia Kaja Kallas mengesahkan lagi komitmen kedua-dua negara untuk mempertahankan undang-undang antarabangsa serta kedaulatan dan integriti wilayah sesebuah negara.
Dr Ng mengadakan pertemuan dengan PM Kallas di akhir Persidangan Lennart Meri.
Kedua-dua pemimpin menekankan pentingnya kerjasama antara kedua-dua buah negara serta bertukar-tukar pandangan mengenai landskap keselamatan di rantau itu.
Mereka juga mengulangi peri pentingnya kerjasama berbilang pihak terutama bagi negara-negara kecil. Ini bagi menangani isu-isu keselamatan bersama seperti ancaman hibrid dan norma-norma siber.
Dr Ng juga mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Bersama Majlis Eropah mengenai Ehwal Luar, Carl Bildt, yang juga mantan perdana menteri Sweden.
Mereka membincangkan cara-cara bagi Singapura dan Kesatuan Eropah (EU) bekerjasama bagi menyokong peraturan antarabangsa yang berteraskan undang-undang dalam bidang-bidang yang baru muncul.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.