Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura dipilih semula badan pentadbir agensi penerbangan ICAO

Menurut Menteri Pengangkutan S Iswaran, yang mengetuai delegasi negara ke Perhimpunan ICAO yang ke-41 di Kanada, Singapura komited sepenuhnya untuk menyokong agensi penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu dalam membina masa depan yang mampan untuk penerbangan sejagat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Oct 2022 09:01PM Dikemas Kini : 02 Oct 2022 09:14PM
SINGAPURA: Singapura dipilih semula sebagai anggota badan pentadbir Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Menurut Menteri Pengangkutan S Iswaran, yang mengetuai delegasi negara ke Perhimpunan ICAO yang ke-41 di Kanada, Singapura komited sepenuhnya untuk menyokong agensi penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu dalam membina masa depan yang mampan untuk penerbangan sejagat.

Singapura pertama kali dipilih menganggotai Majlis ICAO pada 2003 dan dipilih semula pada 2004 serta pada setiap sesi perhimpunan berikutnya, yang diadakan setiap tiga tahun.

Singapura mengambil bahagian dalam lebih 100 panel dan kumpulan pakar ICAO. Ia menerajui sesetengah panel dan kumpulan tersebut untuk "membantu membentuk piawai antarabangsa dalam bidang-bidang seperti keselamatan penerbangan, pengurusan lalu lintas udara serta perlindungan persekitaran, menurut Kementerian Tenaga Manusia.
 
Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan