Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura dapat tambahan tempat haji 2022

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura ditawarkan tambahan tempat bagi musim haji tahun ini.

Demikian menurut satu kenyataan media Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Isnin ( 20 Jun).

Menurut kenyataan itu, "MUIS baru sahaja dimaklumkan bahawa Singapura telah diperuntukkan sejumlah tempat tambahan untuk haji tahun ini."

Menurut MUIS, tempat tambahan itu akan ditawarkan kepada bakal jemaah haji yang sudah mendaftar dalam Sistem Pendaftaran Awal Haji (AHRS).

Bakal jemaah haji yang layak akan ditawarkan tempat dan mereka boleh terus mengambil tindakan yang diperlukan.

Menurut MUIS, ia juga sedang bekerjasama dengan ejen penjualan pakej haji (GSA) yang dilantik dan pihak berkuasa Saudi untuk semua aturan bagi menampung peningkatan delegasi Haji Singapura itu.

Semua tempat tambahan yang ditawarkan itu perlu disahkan dalam beberapa hari akan datang.
Sumber : BERITA Mediacorp/RR/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan