Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura dan Laos pertingkat kerjasama tenaga bersih

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Sep 2022 07:08PM Dikemas Kini : 28 Sep 2022 09:19PM
Singapura: Singapura dan Laos bersetuju untuk memperdalamkan lagi kerjasama dalam peralihan kepada penggunaan tenaga bersih.

Kededua negara akan bekerjasama dalam bidang-bidang seperti perdagangan tenaga elektrik rentas sempadan dan penghasilan daya tenaga yang boleh diperbaharui.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan menyatakan kerjasama itu akan meningkatkan lagi perdagangan tenaga elektrik di rantau ini.

Ia akan membolehkan Laos dan Singapura mengurangkan pengeluaran karbon sambil mewujudkan pekerjaan serta memacu pertumbuhan ekonomi.

Perjanjian itu dimeterai semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Laos Phankham Viphavanh ke Singapura pada Rabu (28 Sep).

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata kedua-dua negara akan terus bekerjasama dalam perlindungan kemampanan.

"Kita memperbaharui MOU (Memorandum Persefahaman) kita dalam Perlindungan Sekitaran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Sumber Air.

"Ini akan memudahkan perkongsian pengetahuan dan kepakaran serta mewujudkan peluang pertumbuhan mesra alam bagi perniagaan kita. Dalam bidang digital, kita akan meningkatkan perkongsian dan memperdalamkan lagi kerjasama dua hala," kata Encik Lee Hsien Loong.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan