Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, China meterai 14 MOU perkukuh kerjasama dua hala

Ketersambungan dagangan dan perkongsian maklumat yang lebih baik antara Singapura dengan China antara 14 memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani kedua-dua negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
 S'pura, China meterai 14 MOU perkukuh kerjasama dua hala

Kapal-kapal China berlabuh di Terumbu Whitsun. (Gambar: AFP/Handout)

SINGAPURA: Ketersambungan dagangan dan perkongsian maklumat yang lebih baik antara Singapura dengan China.

Demikian antara 14 memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani kedua-dua negara di Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala ke-17.

Salah satu MOU yang ditandatangani adalah pelan kerjasama baru bagi Koridor Perdagangan Darat-Laut Singapura-China.

Ia akan menyediakan satu rangka kerja sehingga 2025 dengan rancangan masa depan hingga 2035.

Ia juga akan menyaksikan lebih banyak kerjasama dalam enam bidang tumpuan utama, daripada rantaian bekalan logistik kepada perkhidmatan kewangan.

Perjanjian itu kali pertama ditandatangani pada 2019 bagi memudahkan perdagangan dan meningkatkan ketersambungan serantau antara barat China dengan Asia Tenggara.

Satu lagi perjanjian akan memastikan proses pemeriksaan kastam yang lebih lancar.

Ia akan membangunkan sebuah model "blockchain" bagi pertukaran maklumat kastam dan logistik antara pelabuhan.

Ini akan membantu perniagaan-perniagaan mengurus rantaian bekalan mereka dengan lebih baik.

Singapura dan China juga akan melancarkan sebuah program felo baru bagi menghimpunkan para pemimpin muda dari kedua-dua pihak.

Ini akan membantu mereka bertukar ilmu dalam bidang-bidang seperti pentadbiran bandar dan kemapanan.

Sumber : CNA/NF/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan