Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura catat 9,082 ‬kes baru COVID-19; 9 kematian

Anggaran Waktu Membaca:


SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 9,082 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Isnin (14 Feb), yang terdiri daripada 8,927‬ jangkitan tempatan dan 155 es import.

Sembilan kes kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 14 Feb: 9,082
Kes baru tempatan: 8,927
Kes import: 155

Jumlah kes baru Protokol 2: 6,905. Ini terdiri daripada 27 kes import dan 6,878 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 2,177 kes disahkan menerusi ujian PCR. 2,049 adalah jangkitan tempatan manakala 128 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 478,577

KEMATIAN

Kes kematian pada 14 Feb: 9
Jumlah kematian sejauh ini: 906

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.39, turun daripada 1.46, pada Ahad (13 Feb).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,332 pesakit masih dirawat di hospital, naik sedikit berbanding 1,272 semalam.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 147
Dipantau rapi di ICU: 23

Seramai 10,298 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Jumaat, 93 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Disember.

Lengkap divaksin 2 dos: 90 peratus
Baru menerima satu dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 64 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan