Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura catat 8,940 kes baru; 6 maut angkara COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura catat 8,940 kes baru; 6 maut angkara COVID-19

(Gambar: Lee Hsien Loong/Facebook)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 8,940 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (23 Mac).

Ia terdiri daripada 8,749 jangkitan tempatan dan 191 kes import.

6 kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 23 Mac: 8,940
Kes baru tempatan: 8,749
Kes import: 191

Jumlah kes baru Protokol 2: 7,691‬. Ini terdiri daripada 173 kes import dan 7,518 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 1,249‬ kes disahkan menerusi ujian PCR. 1,231 adalah jangkitan tempatan manakala 18 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,044,661

KEMATIAN

Kes kematian pada 23 Mac: 6

Jumlah kematian sejauh ini: 1,220

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula naik kepada 0.76 berbanding 0.74 semalam (22 Mac).  

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 951 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 1,023 semalam (22 Mac). 

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 117

Dipantau rapi di ICU: 26

Seramai 8,381 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Selasa (22 Mac), 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Disember.

Lengkap divaksin 2 dos: 92 peratus
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 71 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan