Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura catat 7,584 kes baru; 13 maut angkara COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 7,584‬ kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Jumaat (25 Mac).

Ia terdiri daripada 7,376 jangkitan tempatan dan 208 kes import.

Sebanyak 13 kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 25 Mac: 7,584
Kes baru tempatan: 7,376
Kes import: 208

Jumlah kes baru Protokol 2: 6,486. Ini terdiri daripada 171 kes import dan 6,315 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 1,098 kes disahkan menerusi ujian PCR. 1,061 adalah jangkitan tempatan manakala 37 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,060,723

KEMATIAN

Kes kematian pada 25 Mac: 13

Jumlah kematian sejauh ini: 1,239

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula kekal pada 0.79. 

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 826 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 873 semalam (22 Mac). 

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 101

Dipantau rapi di ICU: 28

Seramai 12,655 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Khamis (24 Mac), 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Disember.

Lengkap divaksin 2 dos: 92 peratus
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 71 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan