Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura catat 4,985 kes baru COVID-19; 3 kematian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 4,985 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Selasa (31 Mei).

Ia terdiri daripada 4,774‬ jangkitan tempatan dan 211 kes import.

Tiga kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 31 Mei: 4,985
Kes baru tempatan: 4,774
Kes import: 211

Jumlah kes baru Protokol 2: 4,546

Ini terdiri daripada 4,345 kes tempatan dan 201 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 439 ‬kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 429 adalah jangkitan tempatan, manakala 10 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,303,294

KEMATIAN

Kes kematian pada 31 Mei: 3

Jumlah kematian sejauh ini: 1,389

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.82, kurang berbanding 0.95 pada Isnin (30 Mei).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 330 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 337 semalam (30 Mei).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 38

Dipantau rapi di ICU: 11

Seramai 3,347 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Isnin (30 Mei), 96 peratus penduduk yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 76 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan