S'pura catat 4,925 kes baru COVID-19; 4 kematian
Orang ramai memakai pelitup di Orchard di Singapura pada 5 Jan 2022. (Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 4,925 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Isnin (28 Mac).
Ia terdiri daripada 4,813 jangkitan tempatan dan 112 kes import.
Sebanyak 4 kematian dilaporkan.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 28 Mac: 4,925
Kes baru tempatan: 4,813
Kes import: 112
Jumlah kes baru Protokol 2: 4,088. Ini terdiri daripada 69 kes import dan 4,019 jangkitan tempatan.
Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Lagi 837 kes disahkan menerusi ujian PCR. 794 adalah jangkitan tempatan manakala 43 adalah kes import.
Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,076,930
KEMATIAN
Kes kematian pada 28 Mac: 4
Jumlah kematian sejauh ini: 1,254
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.73, turun berbanding 0.75 semalam (27 Mac).
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 717 pesakit masih dirawat di hospital, naik sedikit berbanding 694 semalam (27 Mac).
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 92
Dipantau rapi di ICU: 25
Seramai 8,779 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Ahad (27 Mac), 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.
Lengkap divaksin 2 dos: 92 peratus
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 71 peratus
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.