Skip to main content

Singapura

S'pura catat 4,848‬ kes baru COVID-19; 4 kematian

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura catat 4,848‬ kes baru COVID-19; 4 kematian

Seorang pekerja mengimbas kod QR sebelum memasuki bangunan pejabat pada 2 Jun 2020, hari pertama Fasa 1 pasca tempoh pemutus rantaian jangkitan. (Gambar fail)

Diterbitkan : 27 Mar 2022 09:42PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 4,848‬‬ kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Ahad (27 Mac).

Ia terdiri daripada 4,747 ‬jangkitan tempatan dan 101 kes import.

Sebanyak 4 kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 27 Mac: 4,848
Kes baru tempatan: 4,747
Kes import: 101

Jumlah kes baru Protokol 2: 4,305. Ini terdiri daripada 84 kes import dan 4,221 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 543‬ kes disahkan menerusi ujian PCR. 526 adalah jangkitan tempatan manakala 17 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,072,005

KEMATIAN

Kes kematian pada 27 Mac: 4

Jumlah kematian sejauh ini: 1,250

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.75, turun berbanding 0.77 semalam (26 Mac).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 694 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 731 semalam (26 Mac).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 86

Dipantau rapi di ICU: 22

Seramai 7,391 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Sabtu (26 Mac), 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Disember.

Lengkap divaksin 2 dos: 92 peratus
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 71 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita