S'pura catat 4,552 kes baru COVID-19; 4 kematian

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 4,552 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Selasa (12 April).
Ia terdiri daripada 4,420 jangkitan tempatan dan 132 kes import.
Empat kematian dilaporkan.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 12 Apr: 4,552
Kes baru tempatan: 4,420
Kes import: 132
Jumlah kes baru Protokol 2: 4,095
Ini terdiri daripada 3,978 jangkitan tempatan dan 117 kes import.
Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Lagi 457 kes disahkan menerusi ujian PCR.
442 adalah jangkitan tempatan manakala 15 adalah kes import.
Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,145,121
KEMATIAN
Kes kematian pada 12 Apr: 4
Jumlah kematian sejauh ini: 1,307
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.74, turun sedikit berbanding 0.76 semalam (11 Apr).
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 324 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 339 semalam (11 Apr).
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 36
Dipantau rapi di ICU: 19
Seramai 3,329 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Isnin (11 Apr), 96 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.
Lengkap divaksin 2 dos: 92 peratus
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 72 peratus
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.