S'pura catat 3,472 kes baru COVID-19; 2 kematian
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,472 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (20 April).
Ia terdiri daripada 3,324 jangkitan tempatan dan 148 kes import.
Dua kematian dilaporkan.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 20 Apr: 3,472
Kes baru tempatan: 3,324
Kes import: 148
Jumlah kes baru Protokol 2: 3,134
Ini terdiri daripada 3,004 jangkitan tempatan dan 130 kes import.
Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Lagi 338 kes disahkan menerusi ujian PCR.
Sebanyak 320 adalah jangkitan tempatan manakala 18 adalah kes import.
Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,170,970
KEMATIAN
Kes kematian pada 20 Apr: 2
Jumlah kematian sejauh ini: 1,319
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.90, naik berbanding 0.87 semalam (19 Apr).
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 269 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 278 semalam (19 Apr).
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 38
Dipantau rapi di ICU: 8
Seramai 3,127 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Selasa (19 Apr), 96 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 73 peratus
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.