Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura catat 2,709 kes baru COVID-19; 1 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,709 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (23 April).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura catat 2,709 kes baru COVID-19; 1 kematian

Orang ramai melintasi jalan raya di Chinatown, Singapura, pada 22 Feb 2022. (Gambar fail: Gaya Chandramohan/CNA)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,709 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (23 April).

Ia terdiri daripada 2,630 jangkitan tempatan dan 79 kes import.

Satu kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 23 Apr: 2,709
Kes baru tempatan: 2,630
Kes import: 79

Jumlah kes baru Protokol 2: 2,384

Ini terdiri daripada 2,317 jangkitan tempatan dan 67 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 343 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 313 adalah jangkitan tempatan manakala 12 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,180,124

KEMATIAN

Kes kematian pada 23 Apr: 1

Jumlah kematian sejauh ini: 1,325

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.04, naik berbanding 0.93 semalam (22 Apr).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 282 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 245 semalam (22 Apr).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 39

Dipantau rapi di ICU: 9

Seramai 3,375 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Jumaat (22 Apr), 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 73 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan