Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura catat 17,051‬ kes baru; 11 kematian akibat COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA:  Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 17,051 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (9 Mac), iaitu jatuh berbanding 22,201 pada Selasa.

Mereka terdiri daripada 16,858 jangkitan tempatan dan 193 kes import.

Bagaimanapun jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital naik kepada 1,513 pada Rabu berbandning 1,499 semalam

Sebanyak 11 kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 9 Mac: 17,051
Kes baru tempatan: 16,858
Kes import: 193

Jumlah kes baru Protokol 2: 14,695‬. Ini terdiri daripada 132 kes import dan 14,563 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 2,356 kes disahkan menerusi ujian PCR. 2,295 adalah jangkitan tempatan manakala 61 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 885,593

KEMATIAN

Kes kematian pada 9 Mac: 11
Jumlah kematian sejauh ini: 1,110

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula kekal di bawah 1 pada 0.94, jatuh  berbanding 0.95 pada Selasa.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,513 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 1,499 semalam (8 Mac). 

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 187

Dipantau rapi di ICU: 50

Seramai 13,707 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Selasa (8 Mac), 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Disember.

Lengkap divaksin 2 dos: 91 peratus
Baru menerima satu dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 69 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan