Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura catat 16,870 kes baru COVID-19; tertinggi sejak 5 Jul

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 16,870 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (13 Jul), naik hampir tiga kali lebih banyak berbanding 5,979 kes yang dicatatkan semalam (12 Jul). 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura catat 16,870 kes baru COVID-19; tertinggi sejak 5 Jul

Orang ramai di Orchard Road pada 5 Januari 2022. (Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 13 Jul 2022 09:29PM Dikemas Kini : 14 Jul 2022 09:07PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 16,870 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (13 Jul), naik hampir tiga kali lebih banyak berbanding 5,979 kes yang dicatatkan semalam (12 Jul). 

Jumlah itu juga melebihi 12,784 kes yang dicatatkan pada 5 Julai lalu. 

Jumlah kes baru itu terdiri daripada 15,978‬ jangkitan tempatan dan 892 ‬kes import.

Tiga kematian dilaporkan.

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru COVID-19 pada 13 Jul: 16,870
Kes baru tempatan: 15,978
Kes import: 892

Jumlah kes baru Protokol 2: 15,926

Ini terdiri daripada 15,072 kes tempatan dan 854 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 944‬‬‬‬‬ kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 906 adalah jangkitan tempatan, manakala 38 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,557,648

KEMATIAN

Kes kematian pada 13 Jul: 3 

Jumlah kematian sejauh ini: 1,440

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.01, naik berbanding 0.91 semalam (12 Jul).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 734 pesakit masih dirawat di hospital, meningkat berbanding 679 yang dicatatkan semalam (12 Jul).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 90

Dipantau rapi di ICU: 14

Seramai 6,882 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Isnin (12 Jul), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 78 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan