Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura catat 13,623 kes baru COVID-19; 7 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 13,623 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Isnin (21 Feb), yang terdiri daripada 13,476 jangkitan tempatan dan 147 kes import.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura catat 13,623 kes baru COVID-19; 7 kematian

Orang ramai di Orchard Road pada 5 Januari 2022. (Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 13,623 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Isnin (21 Feb), yang terdiri daripada 13,476 jangkitan tempatan dan 147 kes import.

Tujuh kes kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 21 Feb: 13,623
Kes baru tempatan: 13,476
Kes import: 147

Jumlah kes baru Protokol 2: 11,567. Ini terdiri daripada 48 kes import dan 11,519 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 2,056 kes disahkan menerusi ujian PCR. 1,957 adalah jangkitan tempatan manakala 99 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 596,261

KEMATIAN

Kes kematian pada 21 Feb: 7
Jumlah kematian sejauh ini: 952

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.62, naik daripada 1.52 pada Ahad (20 Feb).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,606 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 1,523 semalam.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 198
Dipantau rapi di ICU: 44

Seramai 18,698 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Ahad, 94 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Disember.

Lengkap divaksin 2 dos: 91 peratus
Baru menerima satu dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 66 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan