Skip to main content

Singapura

S'pura, Brunei perbaharui komitmen terus ganding bahu dalam sektor agromakanan

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Brunei perbaharui komitmen terus ganding bahu dalam sektor agromakanan

Gambar: MTI

Diterbitkan : 03 Jun 2022 11:55PM Dikemas Kini : 03 Jun 2022 11:56PM
SINGAPURA: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong mengalu-alukan lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Kewangan dan Ekonomi Brunei, Dr Awang Haji Mohd Amin Liew Abdullah ke Singapura pada Jumaat (3 Jun) sedang kedua-dua negara memperbaharui komitmen untuk terus bekerjasama dalam sektor agromakanan.

Dalam kenyataan medianya, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) mengumumkan bahawa Encik Gan dan Dr Amin Liew menegaskan semula hubungan kukuh yang terjalin sekian lama antara Singapura dan Brunei.

Kedua-dua menteri juga komited untuk mempertingkatkan lagi kerjasama dalam bidang-bidang yang menjadi kepentingan bersama.

Encik Gan dan Dr Amin Liew turut membincangkan kemajuan positif yang diraih melalui Kumpulan Kerja Bersama bagi Kerjasama Agromakanan yang ditubuhkan pada 2019 untuk dijadikan sebagai wadah utama kerjasama dua hala dengan Brunei dalam bidang tersebut, menurut MTI.

Mereka juga membincangkan kerjasama seterusnya, khususnya mengenai ekonomi digital, perubahan iklim serta kemampanan, termasuk usaha mengurangkan pelepasan karbon dan penyimpanan hidrogen.

Singapura dan Brunei juga saling melibatkan satu sama lain melalui inisiatif ekonomi serantau seperti Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) dan Perjanjian Menyeluruh dan Progresif untuk Kerjasama Rentas Pasifik," tambah kementerian itu.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita