S'pura, Brunei kukuhkan kerjasama dalam bidang tenaga, ekonomi mesra alam
Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee dan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan pada 16 Julai 2022. (Gambar: MCI)
SINGAPURA: Singapura dan Brunei bersetuju untuk memperdalamkan lagi kerjasama dalam bidang tenaga dan ekonomi hijau, serta kebingkasan bekalan makanan dan perubatan.
Menteri dari kedua-dua negara memeterai dua Memorandum Persefahaman (MOU) pada Rabu (24 Ogos), semasa lawatan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah ke Singapura.
Memorandum Persefahaman pertama bertujuan untuk membantu kedua-dua negara mencapai matlamat iklim dan membolehkan pertumbuhan ekonomi yang rendah karbon melalui kerjasama yang lebih kukuh termasuk dalam teknologi baru seperti tenaga suria.
Manakala, Memorandum Persefahaman yang kedua pula bertujuan untuk mengukuhkan lagi perdagangan dan pelaburan makanan dan produk perubatan.
Ini bagi memastikan kedua-dua pihak dapat membantu satu sama lain semasa krisis.
Dua lagi perjanjian berkaitan pertukaran pelajar dan pekerja awam turut dimeterai.
Jumlah perdagangan Singapura dengan Brunei bernilai $2.7 bilion pada tahun lalu, naik 24 peratus daripada tahun sebelumnya.
Sultan Hassanal Bolkiah melakukan lawatan negara selama dua hari ke Singapura mulai Rabu (24 Ogos) atas undangan Presiden Halimah Yacob.
Ia merupakan lawatan negara kelima Sultan Hassanal Bolkiah ke Singapura.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.