Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura boleh kembali nikmati bufet layan diri mulai 30 April

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura boleh kembali nikmati bufet layan diri mulai 30 April

Gambar hiasan. (Gambar: iStock/themorningglory)

SINGAPORE: Hidangan bufet layan diri akan dibenarkan disambung semula mulai 30 April, selaras dengan kelonggaran langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19 Singapura.

Kedai F&B yang menawarkan hidangan bufet layan diri akan dikehendaki menyediakan cecair pembasmi kuman atau sarung tangan pakai buang untuk pelanggan mereka, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Jumaat (29 April).

"Kedai makanan berlesen yang menawarkan hidangan bufet layan diri mesti meletakkan sekurang-kurangnya dua botol cecair pembasmi kuman atau dua pek sarung tangan pakai buang di kawasan hidangan bufet layan diri," menurut SFA, sambil menambah bahawa cecair pembasi kuman itu mesti mengandungi sekurang-kurangnya 60 peratus alkohol.

Kedai F&B "amat digalakkan" untuk mengingatkan pelanggan mereka supaya menggunakan cecair pembasmi kuman atau sarung tangan pakai buang sebelum menggunakan senduk yang disediakan di kaunter bufet layan diri, tambah agensi itu.

Peraturan itu dikuat kuasakan juga bagi bufet layan diri yang diadakan di luar tempat makanan berlesen.

Jika makanan itu disajikan oleh pekerja kepada pelanggan, cecair pembasmi kuman atau sarung tangan pakai buang tidak perlu disediakan. "Bagaimanapun, kakitangan perkhidmatan itu harus mengendalikan makanan siap dimakan dengan sudu garpu atau sarung tangan yang bersih," menurut SFA.

Khidmat bufet layan diri digantung sejak April 2020 apabila Singapura mengumumkan aturan "pemutus rantaian jangkitan" bagi menangani pandemik COVID-19.

Meskipun hidangan bufet dibenarkan disambung semula pada April 2021, makanan harus dihidangkan oleh kakitangan.

Apabila dihubungi Mediacorp pada Jumaat, Restoran The Landmark yang terletak di Hotel Village berkata ia akan mula menawarkan bufet layan diri pada Sabtu.

SFA juga menggesa kedai F&B agar terus mengekalkan piawai keselamatan makanan yang tinggi dan mematuhi amalan keselamatan makanan berikut:

*Cegah pencemaran makanan sedia dimakan, seperti tidak mengendalikannya tanpa memakai sarung tangan atau sudu garfu terpakai

*Pastikan makanan dimasak dengan sempurna dan disimpan pada suhu yang betul termasuk dijauhkan daripada zon bahaya suhu antara 5 darjah Selsius dengan 60 darjah Selsius sehingga dihidangkan

*Elak pencemaran antara makanan; asingkan makanan mentah dari makanan yang telah dimasak/siap untuk dimakan

*Pastikan premis sentiasa bersih dan bebas daripada haiwan perosak

*Pastikan semua kakitangan yang terlibat dalam penjualan dan persiapan makanan dan minuman memakai pelitup pada setiap masa.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan