Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura boleh jangka lebih banyak bekalan ayam sejuk & beku dalam minggu-minggu mendatang

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Jun 2022 07:07PM Dikemas Kini : 04 Jun 2022 09:52PM
SINGAPURA: Pihak berkuasa menyatakan bekalan ayam segar di Singapura kekal stabil.

Dalam pada itu, bekalan ayam beku dari sumber-sumber lain dijangka tiba pada minggu-minggu mendatang.

Ini menyusuli langkah Malaysia melarang eksport ayam segar mulai Rabu lalu (1 Jun).
Lawatan Mediacorp ke pasar-pasar basah Kovan dan Tekka siang tadi (4 Jun) mendapati kebanyakan kedai ayam itik masih mempunyai bekalan ayam segar.

Namun, beberapa kedai didapati tutup sebaik saja bekalan mereka habis dijual.

Ada sebilangan penjual ayam mengatakan bekalan mereka hanya boleh bertahan beberapa hari lagi.
Setelah itu, mereka mungkin menimbangkan untuk beralih kepada menjual ayam beku atau tutup kedai dan berehat seketika.
"Seperti apa yang anda lihat, pasar raya kita mempunyai pelbagai bekalan ayam termasuk ayam seekor, bahagiannya dan ayam yang diproses. Kita bekerjasama rapat dengan industri untuk mengimport ayam beku daripada pelbagai sumber selain Malaysia, kata Menteri Negara Kemampanan dan Sekitaran, Desmond Tan.

"Salah satu pengedar makanan kita juga sudah mencapai perjanjian untuk menambahkan import ayam beku dari Thailand sehingga 10 kali ganda,tambah Encik Tan.

"Rakyat Singapura boleh menjangkakan lebih banyak bekalan ayam sejuk dari Australia dan Thailand serta ayam beku dari Brazil dan Amerika Syarikat dalam minggu-minggu mendatang," kata beliau.
Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan