Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura boleh beli semula ayam M'sia sebaik saja penghasilan dipertingkat, kata Khairy Jamaluddin

Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin berkata rakyat Singapura mungkin boleh membeli ayam dari Malaysia sejurus selepas negaranya itu meningkatkan penghasilan ayam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Jun 2022 06:30PM Dikemas Kini : 02 Jun 2022 09:51PM

SINGAPURA: Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin berkata rakyat Singapura mungkin boleh membeli ayam dari Malaysia sejurus selepas negaranya itu meningkatkan penghasilan ayam.

Encik Khairy turut menambah kerajaan Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan para penternak ayam, demi memastikan bekalan domestik yang mencukupi.

Beliau menambah Malaysia juga sedang menimbangkan beberapa huraian lain.

Encik Khairy berkata: "Kita juga sedang meneliti makanan ayam gantian untuk memastikan ada bekalan lebih dimampui. Apabila perkara-perkara itu dihuraikan dan kami harap ia boleh diselesaikan dengan cepat, kita tentu berharap untuk meneruskan eksport ayam termasuk ke Singapura.

"Kita menghargai hubungan dua hala dengan Singapura. Ini bukan satu keputusan yang mudah, jadi kita berharap ia sesuatu yang sementara sehingga bekalan dan harga menjadi mantap."

Beliau menjawab pertanyaan mengenai sejauh mana kejayaan larangan import dalam mengawal harga dan menstabilkan bekalan ayam. Encik Khairy berada di Singapura selama empat hari sejak 31 Mei 2022 hingga 3 Jun untuk Felo Pertukaran Lee Kuan Yew.

“Jelas sekali, kami berada dalam situasi yang sangat sukar memandangkan isu rantaian bekalan berkait dengan isu makanan dan perubahan iklim yang telah menjejaskan masa yang diambil untuk ayam itik membesar dan memasuki pasaran.

"Jadi gabungan semua faktor itu telah menyebabkan kekurangan dalam bekalan dan membawa kepada harga yang tinggi di Malaysia.

"Walaupun negara sudah tentu akan mendahulukan keperluan makanan mereka sendiri, kami juga sedar bahawa kami mempunyai tanggungjawab sebagai pengeksport kepada negara jiran kami termasuk Singapura," kata beliau.

Bagaimanapun, Encik Khairy berkata, keadaan semakin pulih.

“Kami bekerjasama rapat dengan pengeluar ayam di Malaysia untuk memastikan mereka dapat meningkatkan pengeluaran. Kami juga sedang melihat makanan gantian untuk memastikan kami mempunyai bekalan makanan yang berpatutan untuk ayam itik.

"Apabila perkara ini selesai, sudah tentu, kami berharap untuk meneruskan eksport ayam itik kami termasuk ke Singapura," katanya.

Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan kira-kira 34 peratus daripada import ayam Singapura pada 2021 adalah dari Malaysia - hampir kesemuanya diimport sebagai ayam hidup yang disembelih dan disejukkan di Singapura.

Malaysia mula melaksanakan larangan eksport ayam ke Singapura semalam (1 Jun) tetapi tidak menyatakan bila larangan itu akan ditarik balik.

Singapura sebelum ini menerima sehingga 30 peratus bekalan ayam dari Malaysia.

Sumber : Bernama/AA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan