Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura bersedia tangani kekurangan bekalan ayam, kenaikan harga

Singapura sedang bersedia dengan kemungkinan kekurangan ayam segar dan kenaikan harga sedang larangan eksport Malaysia berkuat kuasa hari ini (1 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jun 2022 04:11PM Dikemas Kini : 01 Jun 2022 09:56PM
SINGAPURA: Singapura sedang bersedia dengan kemungkinan kekurangan ayam segar dan kenaikan harga sedang larangan eksport Malaysia berkuat kuasa hari ini (1 Jun).

Kiriman-kiriman terakhir ayam tiba di Singapura dari seberang tambak malam semalam.

Beberapa pengimport ayam mengatakan bekalan semakin berkurangan sejak beberapa bulan ini disebabkan kos meningkat dalam menternak ayam dan bahan mentah lain.

Langkah diambil Malaysia itu disebabkan negara tersebut mahu menstabilkan harga dan penghasilan pasaran domestik.

Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob berkata pihak berkuasa akan menyiasat dakwaan harga kartel yang berlaku.

Namun ramai pemain utama industri di Malaysia, menyalahkan kekurangan bekalan disebabkan kos penternakan yang meningkat, isu penyakit dan juga keadaan cuaca.

Malaysia juga masih belum lagi mendedahkan bila negara itu akan menyambung semula eksport ayam.

Pihak berkuasa bagaimanapun menjelaskan larangan itu akan dikekalkan sehingga harga dan penghasilan domestik kembali stabil.

Singapura lazimnya menerima sekitar 34 peratus bekalan ayam dari Malaysia setiap bulan.

Data Agensi Makanan Singapura (SFA) menunjukkan import dari Brazil membentuk 48 peratus tahun lalu manakala dari Amerika Syarikat pula sebanyak 8 peratus.

Hampir semua ayam segar yang diimport, disembelih dan disejukkan di sini.
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan