Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, AS berminat kaji kebolehlaksanaan bagi pertingkat ketersambungan tenaga di Asia Tenggara

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, AS berminat kaji kebolehlaksanaan bagi pertingkat ketersambungan tenaga di Asia Tenggara

Gambar:Twitter/@SecGranholm

Diterbitkan : 15 Jul 2022 03:20PM Dikemas Kini : 15 Jul 2022 03:21PM
SINGAPURA: Singapura dan Amerika Syarikat (AS) sudah menzahirkan minat untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk meningkatkan ketersambungan tenaga di Asia Tenggara.

Demikian selepas Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Tan See Leng dan Setiausaha Tenaga AS Jennifer Granholm bertemu di Singapura di luar mesyuarat Meja Bundar Tenaga Bersih AS-Asia Tenggara pada Khamis (14 Jul).

Dalam satu kenyataan menteri bersama yang dikeluarkan pada Jumaat (15 Jul), mereka menekankan pentingnya kerjasama tenaga antara kedua-dua negara serta mengesahkan pentingnya untuk memperkukuh kerjasama dalam keselamatan tenaga, peralihan tenaga bersih dan ketersambungan tenaga serantau.

Mereka sedar akan keperluan untuk mempercepatkan peralihan tenaga di rantau ini untuk mencapai matlamat iklim sifar karbon.

Pada masa yang sama, mereka juga bersetuju bahawa kerjasama antarabangsa penting untuk memanfaatkan potensi tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara.

Ia sekaligus akan merangsang aliran pelaburan tenaga bersih dan menjana pekerjaan-pekerjaan baru yang mesra alam sekitar.

Para menteri itu menyambut baik kerjasama seterusnya dalam kesalinghubungan tenaga serantau demi mempertingkat keselamatan tenaga dan memperkukuh ketahanan grid.

"Para menteri menzahirkan minat dalam kajian kebolehlaksanaan untuk meningkatkan ketersambungan tenaga di Asia Tenggara," menurut kenyataan tersebut.

Dalam ucapan beliau semasa Mesyuarat Meja Bundar pada Khamis (14 Jul), Dr Tan berkata bahawa terdapat keperluan untuk memperluaskan penggunaan teknologi rendah karbon yang sudah tersedia secara komersil dan berdaya saing dari segi kos.

Beliau menambah bahawa tujuannya adalah untuk memastikan projek-projek itu "disediakan sebagai bekalan".

"Ini boleh menjadi sesuatu yang mencabar di Asia Tenggara kerana kebanyakkan negara belum lagi memperkenalkan cukai karbon dan beberapa negara masih terus memberi subsidi bahan api fosil,” kata beliau.

"Salah satu cara untuk menghasilkan bekalan tenaga boleh diperbaharui adalah dengan menggalakkan perdagangan rentas sempadan tenaga bersih. Iaitu dalam bentuk tenaga elektrik dan pembawa tenaga baru seperti hidrogen dan ammonia."

Beliau menambah bahawa Projek Penyepaduan Tenaga Lao PDR-Thailand-Malaysia-Singapore (LTMS-PIP) adalah penting untuk memajukan persepaduan serantau dan daya tahan tenaga, disokong oleh visi Grid Kuasa ASEAN.

Dr Tan juga menggesa negara-negara lain supaya mengambil tindakan tegas untuk berinovasi. Beliau juga menambah bahawa teknologi semasa tidak akan mencukupi.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan