Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura belanjakan $3.8 bilion untuk teknologi komunikasi tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jun 2022 06:40PM Dikemas Kini : 10 Jun 2022 09:07PM

SINGAPURA: Pemerintah akan membelanjakan $3.8 bilion tahun ini bagi teknologi komunikasi.

Ia adalah sebahagian usaha untuk mereka semula prasarana digital dan membina peralatan lebih baik bagi orang ramai serta syarikat.

Lebih $2 bilion akan disalurkan untuk membina aplikasi baru dan menaik taraf aplikasi sedia ada.

Tujuannya adalah untuk menjadikan prasarana digital lebih moden supaya mengambil kira teknologi baru seperti pembelajaran mesin, sensor dan kecerdasan buatan.

Bagi mencapai sasaran tersebut, agensi teknologi pemerintah mempertimbangkan untuk mencipta huraian bersama dengan industri.

Permohonan bagi usahasama berkenaan juga naik 27 peratus tahun ini berbanding 20 peratus pada 2021.

Syarikat kecil dan sederhana juga bakal meraih manfaat dengan hampir 80 peratus peluang pemerolehan akan tersedia.

Sumber : CNA/AZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan