Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura bakal sambut 6 juta pelawat pada 2022

Singapura dijangka menyambut antara 4 hingga 6 juta pelawat tahun ini sedang sektor pelancongan kembali pulih. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jul 2022 06:50PM Dikemas Kini : 14 Jul 2022 10:22PM

SINGAPURA: Singapura dijangka menyambut antara 4 hingga 6 juta pelawat tahun ini sedang sektor pelancongan kembali pulih. 

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) menyatakan aliran masuk pelancong mungkin meningkat semula ke paras sebelum pandemik COVID-19, sekitar tiga tahun lagi. 

Seramai 1.5 juta pelawat tiba di Singapura pada separuh pertama tahun ini. Jumlah itu hampir 12 kali lebih tinggi berbanding tempoh yang sama setahun lalu. 

Sebahagian besar daripada pelawat itu tiba dari Indonesia (282,000 orang), India (219,000), Malaysia (139,000), Australia (125,000) dan Filipina (81,000). 

Secara terkumpul, mereka membentuk 56 peratus daripada jumlah ketibaan pelawat di Singapura antara Januari hingga Jun 2022. 

Secara purata, mereka berada di Singapura selama tempoh tujuh hari - naik hampir lebih seganda berbanding tempoh lawatan selama tiga setengah hari pada tahun 2019, sebelum pandemik COVID-19 melanda. 

Sungguhpun demikian, STB menjangkakan bahawa cabaran-cabaran yang dihadapi dunia akan berterusan disebabkan persekitaran politik dan ekonomi sejagat serta keadaan pandemik sekarang.

Bagaimanapun, STB kekal optimis tetapi berhati-hati. 

Lembaga itu menjangkakan acara-acara besar seperti perlumbaan Grand Prix Singapura akan membantu sektor pelancongan mencapai prestasi kukuh.

Ia juga sedang membangunkan sektor tersebut dengan menawarkan konsep baru seperti dalam bidang kesejahteraan dan kemampanan.

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan