Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura bakal jadi tuan rumah acara kriterium Tour de France pertama di Asia Tenggara

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura bakal jadi tuan rumah acara kriterium Tour de France pertama di Asia Tenggara

Gambar: AFP/Guillaume Horcajuelo

SINGAPURA: Singapura bakal menjadi negara Asia Tenggara pertama yang menganjurkan acara kriterium Tour de France menjelang Oktober ini.

Saingan kriterium menyaksikan atlit berbasikal melakukan pusingan litar lebih pendek dengan acara Tour de France Prudential Singapore Criterium akan diadakan di litar jalanan yang direka khas di pusat bandar pada 29 dan 30 Oktober, menurut pihak penganjur dalam satu kenyataan media pada Selasa (28 Jun).

Acara tersebut akan menampilkan 32 pelumba dari lapan pasukan berbasikal profesional terbaik dunia termasuk pelumba dari Britain, Mark Cavendish, pemegang rekod kemenangan paling banyak peringkat perlumbaan di Tour de France (34).

Dalam saingan Tour de France, atlit berbasikal elit melakukan ujian mencabar meliputi litar sejauh 3,500 kilometer dalam tempoh tiga minggu untuk mencapai kemenangan.

"Sebaliknya, saingan kriterium adalah perlumbaan yang lebih pendek dalam litar tertutup yang lebih sesuai bagi jalan raya di Singapura, tambah kenyataan media itu.

"Perlumbaan Tour de France Prudential Singapore Criterium pada hujung minggu itu termasuk perlumbaan bagi profesional dan amatur dan dijangka menarik jutaan penonton menerusi pelbagai saluran antarabangsa."

Syarikat insurans hayat Prudential Singapore menjadi penaja utama acara tersebut yang turut dipromosikan oleh TEG Sport bersama Evoke EXP.

"Perlumbaan litar jalanan pertama Tour de France pertama di Asia Tenggara adalah perlumbaan pertama saya di bahagian dunia itu", kata Cavendish yang merangkul empat kemenangan peringkat Tour de France tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Prudential Singapore Dennis Tan pula berkata: "Kami memutuskan untuk mempromosikan sukan berbasikal kerana ia adalah sukan yang mudah diakses dan mampan."

"Tajaan ini adalah satu peluang baik untuk menggalak orang ramai dan keluarga dari setiap lapisan masyarakat untuk mengukuhkan hubungan erat sambil kekal sihat dan aktif."

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) yang menyokong acara tersebut menyatakan acara perlumbaan itu dapat mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai destinasi utama sukan di rantau ini.

"Sedang kita mengalu-alukan lebih ramai pelancong datang ke Singapura, acara itu juga satu tambahan tepat pada masanya untuk menyemarakkan lagi kalendar acara kami," kata Ketua eksekutif STB, Keith Tan.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan