Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura bakal ada pusat terbesar hasilkan daging alternatif di Asia

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jun 2022 07:02PM Dikemas Kini : 10 Jun 2022 09:04PM

SINGAPURA: Singapura bakal menempatkan pusat penghasilan daging alternatif terbesar di Asia seawal tahun depan.

Satu majlis pecah tanah diadakan hari ini (10 Jun)bagi kemudahan bernilai $61 juta untuk menghasilkan produk-produk ayam dari makmal dan meneroka daging lain yang berdasarkan penggunaan sel.

Ini merupakan satu langkah ke hadapan bagi negara ini untuk menambahkan penghasilan makanan tempatan.

Kemudahan setinggi dua tingkat dan seluas 40,000 meter persegi itu dijadualkan dibuka tahun depan di JTC Bedok Food City.

Kemudahan tersebut dijangka mampu menghasilkan puluhan ribu daging alternatif.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata terdapat keperluan untuk terus melabur dan membangunkan sektor protein alternatif.

Ia akan membantu meningkatkan penghasilan dan daya maju komersil sektor tersebut. 

"Kami akan bekerjasama dengan syarikat agro makanan dan institut pengajian tinggi untuk meletakkan Singapura sebagai hab R&D serantau bagi teknologi agro makanan," kata Cik Fu. 

"Saya berbesar hati melihat syarikat pemula teknologi makanan seperti Good Meat semakin matang dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan meneruskan usaha R&D mereka bagi menghasilkan dan membangunkan produk dan daging alternatif baru dengan kemampuan lebih besar, tambah beliau.

Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan