Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Australia tegaskan perjanjian ekonomi mesra alam

Singapura dan Australia merancang untuk bekerjasama dalam ekonomi mesra alam serta rantaian bekalan.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Australia tegaskan perjanjian ekonomi mesra alam

Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, dan rakan sejawatannya dari Australia, Penny Wong di sidang media di Singapura pada 6 Julai 2022.

SINGAPURA: Singapura dan Australia merancang untuk bekerjasama dalam ekonomi mesra alam serta rantaian bekalan.

Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berkata demikian di sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Australia, Penny Wong, hari ini (6 Jul).

Kedua-dua menteri luar menegaskan lagi matlamat mereka untuk memeterai perjanjian ekonomi hijau.

Perjanjian tersebut akan memudahkan lagi perdagangan dan pelaburan. Ini terutama sekali bagi barangan dan perkhidmatan yang ada kaitan dengan alam sekitar.

"Kita boleh menjadikannya satu perjanjian penentu hala yang besar dan praktikal, perjanjian yang akan mencetuskan perubahan kepada ekonomi kita, perjanjian yang akan memenuhi cita-cita rakyat kita dalam soal iklim dan dapat juga diterima sektor perniagaan," kata Dr Balakrishnan.

Cik Penny Wong juga menegaskan lagi perkongsian strategik antara negaranya dengan Singapura.

Beliau berkata Singapura merupakan rakan Australia yang paling rapat.

Cik Wong menambah kerajaan baru Australia mahu mengukuhkan lagi hubungan itu.

WONG SOT
"Kerajaan baru Australia telahpun menyatakan dengan jelas kami melihat masa depan kami di rantau ini. Kami melihat keselamatan kami di rantau ini.
Itulah sebabnya kami mahu meningkatkan hubungan kami dengan rantau ini," kata Cik Wong.

"Ia merupakan perkongsian wawasan atau perkongsian kepentingan tentang keadaan rantau ini. Kami mahukan rantau ini ditadbir berlandaskan undang-undang dan norma agar tindak-tanduknya dapat dijangkakan serta rantau ini aman, makmur, stabil dan kedaulatan negara dihormati. Kami mahu terus bekerjasama dengan Singapura dalam hal itu," tambah beliau.

Singapura adalah negara Asia Tenggara yang keempat dikunjungi oleh Cik Wong sejak beliau dilantik sebagai Menteri Luar Australia.
Sumber : CNA/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan