Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura & Australia meterai perjanjian perkukuh kerjasama teknologi kewangan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Apr 2022 06:36PM Dikemas Kini : 13 Apr 2022 09:18PM

SINGAPURA: Singapura dan Australia bersetuju untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam ekosistem teknologi kewangan atau FinTech kedua-dua negara.

Ini menyusuli perjanjian rangka kerja kerjasama ekonomi digital yang dimeterai pada 2020.

Perjanjian Penghubung FinTech Australia-Singapura yang baru itu melakarkan rangka kerja kerjasama berbilang hala dalam bidang itu.

Di bawah perjanjian itu, Singapura dan Australia akan bekerjasama demi membantu firma-firma FinTech menebarkan sayap ke pasaran negara satu sama lain.

Kedua-dua negara juga akan mengukuhkan lagi hubungan antara para pegawai, penyelia dasar dan kumpulan industri serta menerokai projek inovasi bersama dalam bidang seperti teknologi 'blockchain' (blok rantai) dan keterhubungan data rentas sempadan.

Perjanjian itu juga menamatkan perbincangan dimulakan tahun lalu antara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan Perdana Menteri Australia Scott Morrison.

Kedua-dua negara juga kerap tersenarai dalam rangking utama FinTech global.

Singapura mempunyai sekitar 1,400 firma FinTech, manakala Australia pula ada lebih 700 syarikat.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan