S'pura 'amat prihatin' dengan ketegangan di Baitulmakdis: MFA
Gambar: AFP/Ahmad Gharabli
SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Rabu (20 Apr) menzahirkan rasa prihatin terhadap ketegangan yang sedang berlaku di Baitulmakdis.
"Singapura masih amat prihatin dengan perkembangan baru di Baitulmakdis, termasuk di Haram al-Shari," kata seorang jurucakap MFA.
"Kami menggesa semua pihak supaya bertenang dan mengelak sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan."
Pekarangan Masjid Al-Aqsa merupakan tempat ketiga paling suci untuk umat Islam. Ia sudah lama menjadi ttitik tolak konflik Israel-Palestin.
Pada hujung minggu lalu, hampir 200 orang cedera dalam pertempuran di sekitar kawasan Masjid Al-Aqsa. Ini meningkatkan kebimbangan akan berlakunya konflik lebih dahsyat Israel-Palestin.
Pertempuran tersebut berlaku semasa keadaan tegang, semasa perayaan masyarakat Yahudi yang kebetulan juga bulan Ramadan bagi umat Islam.
Ini menyusuli keganasan maut di Israel dan Tebing Barat pada hujung bulan Mac lalu, yang mengorbankan 36 jiwa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.