Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S’pura alukan pertukaran lebih rancak dengan Brunei, kata Masagos

Anggaran Waktu Membaca:
S’pura alukan pertukaran lebih rancak dengan Brunei, kata Masagos

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli (empat dari kiri) bertemu dengan Sultan Hassanal Bolkiah Mu’ízzaddin Waddaulah (kanan). (Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli mengalu-alukan pertukaran yang lebih banyak dan rancak antara Singapura dengan Brunei menyusuli pembukaan semula sempadan kedua-dua negara.

Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, meluahkan harapan beliau itu dalam satu catatan Facebook pada Ahad (12 Jun).
Beliau kini berada di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam, sejak Jumaat lalu untuk melakukan lawatan kerja selama tiga hari yang berakhir pada Sabtu (11 Jun).

“Rasa gembira untuk kembali ke Brunei setelah lebih dua tahun,”ungkap Encik Masagos.

Beliau juga melahirkan rasa berbesar hati dapat bertemu dengan Sultan Hassanal Bolkiah Mu’ízzaddin Waddaulah, juga Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam, serta Putera Mahkota merangkap Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei Darussalam.

“Kami menegaskan lagi hubungan kukuh dan persahabatan erat yang sudah lama terjalin antara Singapura dengan Brunei,” ungkap Encik Masagos selanjutnya.

Encik Masagos juga mengadakan pertemuan dengan Menteri Ehwal Keagamaan Ustaz Haji Awang Badaruddin, Menteri Budaya, Belia dan Sukan Haji Nazmi Mohamad serta Mufti Negara Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned.

Semasa lawatannya di sana, Encik Masagos diiringi oleh para pegawai dari MSF dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan