Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura akan perkenal vaksin bagi perlindungan terhadap varian asal koronavirus, varian Omicron

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Sep 2022 06:01PM Dikemas Kini : 13 Sep 2022 11:48PM
SINGAPURA: Singapura akan memperkenalkan vaksin-vaksin COVID-19 yang memberikan perlindungan terhadap varian asal koronavirus dan varian Omicron sekali gus.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata Penguasa Sains Kesihatan sudah selesai menilai vaksin yang dihasilkan Moderna itu.

Butiran lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.

"Jadi, jika anda layak menerima satu lagi dos vaksin, sila dapatkan vaksinasi tanpa berlengah, dan jangan tunggu untuk mendapatkan vaksin khusus bagi varian tertentu, kerana COVID-19 masih berjangkit dalam masyarakat," Kata Encik Ong.

Perbelanjaan Singapura untuk menangani akibat pandemik juga dinyatakan di parlimen pada Selasa (13 Sep).

Antara April 2020 dengan Mac tahun lalu, Singapura membelanjakan lebih S$72 bilion dolar.

Kebanyakannya, sekitar S$50 bilion dolar digunakan untuk membantu para pekerja dan syarikat-syarikat.

Sekitar S$13 bilion dibelanjakan bagi langkah-langkah kesihatan awam, sementara S$8 bilion disalurkan dalam bentuk bantuan bagi keluarga dan masyarakat.

Jumlah itu kurang daripada S$100 bilion yang diperuntukkan.

Menteri Kedua Kewangan Indanee Rajah menjelaskan, perbelanjaan kesihatan awam kurang daripada yang diperuntukkan.

Ini kerana sumber-sumber yang diperuntukkan bagi menambah kapasiti kesihatan awam sekiranya keadaan bertambah teruk, tidak perlu digunakan.

"Perbelanjaan lebih rendah itu diimbangi oleh pembiayaan tambahan bagi pelbagai pakej bantuan yang dilaksanakan untuk membantu rakyat dan syarikat-syarikat Singapura sepanjang fasa-fasa kewaspadaan dipertingkat dan penstabilan antara Mei hingga November 2021. Dengan sumber-sumber itu, kita mampu menyelamatkan nyawa dan mata pencarian,"kata Cik Indranee Rajah.
Sumber : CNA/ZM/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan