Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura akan kenakan sekatan terhadap Rusia termasuk kawal eksport & urus niaga bank

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura akan kenakan sekatan terhadap Rusia termasuk kawal eksport & urus niaga bank

Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan di Parlimen pada 28 Februari 2022. (Gambar: CNA)

SINGAPURA: Singapura akan mengenakan sekatan-sekatan terhadap Rusia "selaras dengan negara-negara lain yang turut akan mengenakan sekatan-sekatan serupa", kata Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan pada Isnin (28 Feb) sambil merujuk kepada pencerobohan Rusia di Ukraine.

Langkah-langkah tersebut termasuk mengenakan kawalan eksport pada barang-barangan yang boleh digunakan secara langsung sebagai senjata di Ukraine, di samping menyekat bank-bank tertentu dari Rusia dan juga urus niaga yang bersangkut paut dengan Rusia.

Semasa menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen mengenai perkara tersebut, Dr Balakrishnan turut memperincikan pendekatan Singapura dalam melaksanakan dasar luar negara: "Daripada memilih pihak mana yang mahu disokong, kami memutuskan untuk menegakkan prinsip-prinsip yang dipegang teguh oleh Singapura. Lantaran itu, kami mengamalkan dan melaksanakan dasar luar negara dengan cara yang bernas dan konsisten, kami juga menjadi rakan kongsi yang diyakini bagi mereka yang berpegang teguh kepada prinsip yang sama.

"Bagaimanapun, ada juga kalanya di mana kita perlu berpendirian, sekalipun ia bertentangan dengan satu atau lebih kuasa asing, atas dasar prinsip, seperti yang diamalkan dan dilaksanakan sekarang."

Menurut Dr Balakrishnan, Singapura "jarang sekali bertindak" untuk mengenakan sekatan ke atas negara-negara lain, tanpa keputusan atau arahan daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Bagaimanapun, setelah mempertimbangkan serangan Rusia ke atas Ukraine dan keputusan Rusia untuk menolak draf Resolusi Majlis Keselamatan PBB, Singapura akan bertindak seiring dengan negara-negara lain yang juga akan mengenakan sekatan-sekatan yang sewajarnya terhadap Rusia,” kata Dr Balakrishnan.

KAWALAN EKSPORT PADA BARANGAN YANG BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI SENJATA

“Khususnya, kami akan mengenakan kawalan eksport pada barang-barangan yang boleh digunakan secara langsung sebagai senjata di Ukraine untuk mendatangkan bahaya atau menundukkan rakyat Ukraine.

"Kami juga akan menyekat bank-bank tertentu dari Rusia dan juga urus niaga yang bersangkut paut dengan Rusia," katanya lagi, sambil menambah bahawa langkah-langkah khusus akan diumumkan tidak lama lagi.
 

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan