S'pura ada rangka kerja pastikan sukan bebas dadah, kata Eric Chua
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Rangka kerja peraturan dan piawaian demi memastikan sukan tempatan bebas dadah sudah sedia ada.
Ini termasuklah terhadap pengunaan dadah rekreasi dan dadah yang meningkatkan prestasi atlit.
Demikian menurut Setiausaha Parlimen Kanan Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Eric Chua, di Parlimen pada Selasa. (4 Okt)
Beliau menambah rangka kerja itu melengkapi atlit negara dengan maklumat, peralatan dan nilai-nilai untuk dipertimbangkan berhubung penggunaan dadah.
Encik Chua berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan AP Dr Wan Rizal dan Darryl David.
Mereka mahu tahu jika ada pendekatan untuk melindungi atlit negara daripada terjebak dalam penyalahgunaan dadah.
Encik Chua juga berkata rangka kerja itu dilaksanakan melalui dua strategi iaitu pendidikan dan pencegahan serta pengesanan.
Pertanyaan tersebut diutarakan para AP setelah tiga perenang negara - Joseph Schooling, Amanda Lim dan Teong Tzen Wei - mengaku mengambil dadah terkawal semasa berada di luar negara.
Pemerintah, kata Encik Chua juga telah menubuhkan 'Anti-Doping Singapore' atau ADS pada 2010 sebagai penguasa antidoping negara.
ADS membangunkan dan menyemak pelan ujian bagi para atlit.
Ujian dijalankan lebih kerap bagi para atlit yang lebih berisiko mengambil dadah.
Antara faktor-faktor risiko itu adalah prestasi atlit tersebut dan jenis sukan berkenaan.
Encik Chua menambah ADS juga bergantung kepada maklumat risik, termasuk sumber-sumber dalaman, untuk menyiasat dakwaan salah guna dadah, termasuk melakukan ujian lanjut ke atas atlit berkenaan.

Sumber : CNA/RU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.