Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SPS buat aduan polis berhubung emel dari Mikhy Brochez; bocorkan data 13 individu positif HIV

Jabatan Penjara Singapura (SPS) sudah membuat aduan polis mengenai kiriman emel daripada Mikhy Brochez, yang mengandungi maklumat mengenai 13 individu yang positif HIV.

Anggaran Waktu Membaca:
SPS buat aduan polis berhubung emel dari Mikhy Brochez; bocorkan data 13 individu positif HIV

Mikhy Farrera Brochez dipercayai bertanggungjawab atas pembocoron data milik 14,200 orang yang positif HIV. (Gambar: Mikhy Brochez)

Diterbitkan : 17 Feb 2019 09:01PM Dikemas Kini : 17 Feb 2019 09:03PM

SINGAPURA: Jabatan Penjara Singapura (SPS) sudah membuat aduan polis mengenai kiriman emel daripada Mikhy Brochez, yang mengandungi maklumat mengenai 13 individu yang positif HIV.

Emel itu mengandungi gambar sekeping kertas yang menyenaraikan nombor kad pengenalan NRIC/FIN bagi 13 individu tersebut, menurut SPS dalam satu kenyataan hari ini (17 Feb). Mereka termasuk Brochez sendiri, serta individu lain yang dijadual menjalani ujian perubatan di Kompleks Penjara Changi pada 28 Mac 2018.

Emel itu dikirimkan kepada beberapa pihak berkuasa pemerintah dan pertubuhan media pada 16 Februari 2019, tambah SPS.

"Brochez didapati memiliki salinan senarai itu tanpa kebenaran, dengan senarai itu disediakan pada 28 Mac 2018 oleh Parkway Shenton yang dilantik sebagai penyedia khidmat perubatan SPS," menurutnya lagi.

SPS menyatakan bahawa ia kini sedang dalam proses menghubungi para individu berkenaan bagi memaklumkan mereka bahawa maklumat mereka didedahkan secara haram oleh Brochez.

Rakyat Amerika Syarikat itu dipercayai bertanggungjawab atas pembocoron data milik 14,200 orang yang positif HIV daripada daftar HIV Singapura.

"Kami sudahpun bekerjasama dengan MOH (Kementerian Kesihatan) untuk menyediakan sokongan tambahan kepada mereka yang memerlukannya," menurut SPS.

"SPS sudahpun membuat aduan polis dan siasatan sedang dijalankan."

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan