Skip to main content

Singapura

SportSG pertimbang perluas sistem pengesanan lemas susuli kejadian di OTH

Sport Singapore sedang meninjau kemungkinan memasang sistem pengesanan lemas di lebih banyak kolam renangnya.

Anggaran Waktu Membaca:
SportSG pertimbang perluas sistem pengesanan lemas susuli kejadian di OTH

Sport Singapore mungkin memasang sistem pengesanan lemas di lebih banyak kolam renangnya. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 27 Aug 2025 08:06PM
  • SportSG sedang meninjau kemungkinan memasang sistem pengesanan lemas di lebih banyak kolam renangnya.
  • Ini menyusuli kejadian lemas melibatkan seorang lelaki 70 tahun di Hab Tampines Kita (OTH) pada pagi Isnin lalu (25 Ogos).
  • Kompleks renang di tingkat enam OTH itu dikendalikan oleh SportSG.
  • SportSG menambah anggota penyelamat yang bertauliah ditugaskan di semua kolam renangnya, dan mereka dilengkapi dengan kemahiran untuk bertindak serta memberi bantuan kepada perenang.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Sport Singapore sedang meninjau kemungkinan memasang sistem pengesanan lemas di lebih banyak kolam renangnya.

Ini menyusuli kejadian lemas melibatkan seorang lelaki 70 tahun di Hab Tampines Kita (OTH) pada pagi Isnin lalu (25 Ogos).

Menurut pihak polis, mayat mangsa ditemui di dalam kolam renang dan dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri ke Hospital Besar Changi (CGH), di mana mangsa disahkan meninggal dunia.

Polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah dan siasatan masih dijalankan.

Kompleks renang di tingkat enam OTH itu dikendalikan oleh Sport Singapore.

Ia dilengkapi dengan "sistem pengesanan lemas berasaskan visi komputer" (CVDDS) di kolam renang pertandingan.

Menggunakan kamera dari atas dan kamera inframerah, sistem tersebut memaklumkan para anggota penyelamat dalam masa 15 saat sekiranya seseorang tenggelam ke dasar kolam.

Namun menurut SportSG, sistem itu tidak dipasang di kolam renang latihan, di mana mangsa lemas.

SportSG menambah anggota penyelamat yang bertauliah ditugaskan di semua kolam renangnya, dan mereka dilengkapi dengan kemahiran untuk bertindak serta memberi bantuan kepada perenang.

Walaupun teknologi membantu mengesan perenang yang memerlukan bantuan, seorang pakar menegaskan pentingnya bersenam mengikut kemampuan.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita