SportSG lancar platform tempahan baharu MyActiveSG+ yang 'lebih adil, telus'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Majlis Sukan Singapura (SportSG) akan melancarkan platform tempahan baharu pada Jun untuk menangani penggunaan bot dan berbilang akaun untuk tempahan kemudahan-kemudahan sukannya.
Isu itu menarik perhatian menyusuli laporan bahawa kemudahan-kemudahan sukan ditempah melalui akaun yang menggunakan bot atau yang sudah diprogram.
Antara 2021 dengan Mac 2023, lebih 200 akaun ActiveSG digantung kerana disyaki menggunakan bot untuk menempah kemudahan sukan.
Lebih 600 temphan pula dibatalkan disebabkan kegiatan 'on-selling' atau menjual tempahan yang sudah dibuat kepada pihak lain, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo dalam jawapan bertulis parlimen pada Mac tahun lalu.
MYACTIVESG+
Platform baharu yang dipanggil MyActiveSG+ itu, merupakan sebahagian daripada usaha berterusan SportSG untuk memastikan pengguna mendapat akses mudah dan adil untuk menempah kemudahan dan program sukan awam, menurut lembaga berkanun itu dalam satu kenyataan media pada Jumaat (3 Mei).
Ia juga akan memenuhi tabiat dan permintaan ahli yang berubah-ubah, tambah SportSG.
MyActiveSG+ mengandungi ciri-ciri yang dibangunkan berdasarkan maklum balas pengguna sistem pengurusan keahlian SportSG serta sistem yang baru-baru ini dirintis, iaitu ActiveSG Beta.
ActiveSG Beta diperkenalkan pada March sebagai versi percubaan bagi sistem tempahan akan datang. Ujiannya akan berakhir pada 14 Jun.
MyActiveSG+ akan dilancarkan pada 15 Jun.
SINGPASS, CIRI UNDI
Pengguna MyActiveSG+ perlu mendaftarkan diri dan log masuk menggunakan Singpass mereka untuk mencegah seseorang daripada memiliki beberapa akaun atau menggunakan bot untuk menempah kemudahan dan program.
Terdapat juga ciri 'undi' bagi menempah kemudahan pada waktu sibuk.
Ini akan "memberikan setiap orang peluang adil untuk menempah waktu dan kemudahan yang mereka inginkan, dengan masa yang mencukupi untuk mereka membuat pertimbangan, dan tanpa perlu bimbang terlepas membuat tempahan," menurut SportSG.
Buat masa ini pengguna perlu mendapatkan slot mereka berdasarkan siapa cepat dia dapat apabila tempahan dibuka seawal jam 7.00 pagi untuk beberapa sukan.
Di bawah sistem undi, tempahan dibuka 14 hari lebih awal dari tarikh penggunaan kemudahan atau program dimulakan.
Tempahan juga dibuka 24 jam.
Waktu sibuk ialah dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam, Isnin hingga Jumaat, dan pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam pada hujung minggu dan cuti umum.
CIRI MESRA PENGGUNA
MyActiveSG+ adalah platform berdasarkan laman, yang membolehkan pengguna mengakses versi yang sudah dikemas kini pada bila-bila masa sahaja menerusi peranti masing-masing tanpa perlu memuat turun dan kerap mengemas kini aplikasi.
Ibu bapa dan penjaga juga tidak lama lagi akan dapat memasukkan akaun anak mereka menerusi Singpass, menurut SportSG. "Akaun Keluarga" juga akan diperkenalkan di platform baharu itu pada masa akan datang.
Satu ciri bayaran balik dan pembatalan juga akan diperkenalkan kemudian.
BILA, BAGAIMANA PELANCARANNYA
Peralihan ke MyActiveSG+ akan mengambil "pendekatan berperingkat", menurut SportSG.
Semua ahli boleh log masuk ke platform MyActiveSG+ mulai 15 Jun.
Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10 ActiveSG, mereka yang log masuk antara 15 Jun dengan 31 Ogos akan menerima tokokan kredit ulang tahun ActiveSG sekali sahaja sebanyak S$10.
Mulai 15 Julai, semua kemudahan dan program boleh ditempah. Tempoh untuk membuat tempahan dibuka 14 hari sebelum tarikh menggunakan kemudahan atau program.
Mulai 15 Ogos, pas musiman dan harian untuk masuk ke kemudahan kolam renang dan gim juga boleh dibeli.
Platform sedia ada ActiveSG boleh terus diakses sehingga 1 Oktober.
KREDIT ACTIVESG, ACTIVE WALLET
Kredit ActiveSG akan dipindahkan ke MyActiveSG+ antara 15 Jun hingga 30 Jun.
Semasa tempoh itu, pengguna sistem sedia ada boleh terus membayar tempahan dan membuat pembelian menggunakan kad kredit atau debit.
Pengguna MyActiveSG+ akan dapat membayar tempahan dan membuat pembelian menggunakan kad kredit atau debit serta PayNow.
Kredit ulang tahun ActiveSG S$10 juga boleh digunakan untuk membayar tempahan yang dibuat menerusi MyActiveSG+.
Semua kredit ActiveSG juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2025.
Dalam pada itu, Active Wallet - MyCash akan dimansuhkan pada pertengahan Ogos dan tokokan dihentikan pada 15 Mei.
Ahli ActiveSG akan dapat menggunakan baki dalam Active Wallet mereka sehingga 14 Ogos manakala sebarang baki selepas itu akan dibayar balik menerusi akaun bank yang dihubungkan dengan PayNow-NRIC menjelang 31 Ogos.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.