Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SportSG gantung sebulan sokongan bagi Joseph Schooling, Amanda Lim & Teong Tzen Wei

Anggaran Waktu Membaca:
SportSG gantung sebulan sokongan bagi Joseph Schooling, Amanda Lim & Teong Tzen Wei

Teong Tzen Wei, Amanda Lim dan Joseph Schooling. (Gambar fail: Andy Buchanan/AFP, SportSG/Team Singapore/Facebook, Matt Slocum/AP)

Diterbitkan : 28 Sep 2022 05:49PM Dikemas Kini : 28 Sep 2022 06:49PM

SINGAPURA: Sport Singapore (SportSG) pada Rabu (28 Sep) menyatakan ia akan menggantung semua sokongan untuk perenang negara Joseph Schooling, Amanda Lim dan Teong Tzen Wei selama sebulan setelah mereka mengaku mengambil dadah terkawal di luar negara. 

Selama sebulan bermula dari 1 Oktober, ketiga-tiga atlit di bawah skim prestasi tinggi tidak akan menerima geran bantuan latihan atau mempunyai akses kepada sains sukan dan kemudahan perubatan sukan, menurut SportSG dalam kenyataannya selepas memuktamadkan semakan dalaman. 

Teong dinamakan buat pertama kali sebagai perenang ketiga yang disiasat atas kesalahan berkaitan dadah. 

Sebagai seorang penerima biasiswa spexScholar, faedah biasiswanya juga akan digantung selama sebulan, menurut SportSG. 

Teong memecahkan rekod Sukan SEA bagi acara gaya bebas 50 meter  pada Mei 2022 dan memenangi pingat perak di peringkat akhir acara gaya kupu-kupu 50 meter di Sukan Komanwel. 

SportSG turut menarik perhatian bahawa ketiga-tiga atlit itu diuji negatif bagi dadah terkawal semasa disiasat oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) atas kesalahan-kesalahan berhubung dadah tetapi mengaku menggunakan dadah semasa menjadi atlit TeamSG. 

Disebabkan Schooling menyalahgunakan keistimewaannya, Kementerian Pertahanan (MINDEF) sebelum ini menyatakan bahawa dia tidak lagi layak untuk mengambil cuti atau dikecualikan untuk berlatih atau bertanding  semasa menjalani Perkhidmatan Negara (NS). 

Lim pula diberi amaran keras oleh CNB di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah kerana memiliki peralatan dadah. 

Semasa menimbangkan langkah-langkah yang wajar diambil, SportSG turut mendedahkan bahawa pihaknya sudah bertemu dengan ketiga-tiga atlit tersebut dan menjalankan semakan dalaman yang dimuktamadkan pada minggu lalu. 

Schooling, Lim dan Teong juga sudah diberi surat amaran, tambah SportSG. 

Menurut SportSG, tindakan yang diambil terhadap mereka bertiga "menekankan tanggungjawab mereka sebagai atlit negara".

Tambah SportSG seterusnya, pelbagai faktor turut diambil kira, termasuk hasil siasatan CNB. 

"Ketiga-tiga atlit itu memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses semakan dalaman dan mengaku telah mengambil dadah," menurut SportSG. 

"Mereka telah menyatakan kekesalan atas kesilapan pada pertimbangan mereka merayu untuk diberikan peluang kedua bagi membuktikan diri dan memenuhi peranan dan tanggungjawab mereka sebagai atlit negara."

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan