SportSG, Feng Tianwei sangkal dakwaan salah guna dana awam
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Roslan RAHMAN / AFP)
SINGAPURA: Sport Singapore (SportSG) menyangkal dakwaan yang dibuat terhadap bekas pemain tenis meja Singapura, Feng Tianwei.
Feng, atlet Olimpik Singapura yang paling terkenal, juga telah menafikan sebarang salah laku. Beliau kini bertugas di SportSG sebagai penolong pengarah Akademi Tenis Meja ActiveSG.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa (19 Nov), SportSG menyatakan bahawa pihaknya sedia maklum mengenai "dakwaan baru-baru ini" yang dipercayai berpunca daripada aturan peribadi antara Feng yang sudah bersara dan bekas jurulatih kecergasan peribadinya.
"Memandangkan salah satu dakwaan melibatkan kemungkinan berlaku penipuan menggunakan wang awam, semakan SportSG pada rekod kami menunjukkan tiada bukti yang menyokong dakwaan penyelewengan dana awam," kata jurucakap lembaga berkanun itu.
Ia menambah bahawa terdapat dakwaan serupa yang dibangkitkan oleh individu yang sama pada 2021, yang diputuskan sebagai tanpa merit.
"Perkara lain yang dibangkitkan adalah berkaitan isu peribadi dan kontrak antara kedua-dua pihak," kata jurucakap itu.
Emel yang memperincikan dakwaan terhadap Feng telah dihantar kepada Mediacorp pada awal bulan ini.
Penghantar emel itu mendakwa dirinya sebagai bekas "jurulatih fizikal peribadi" Feng, Zhou Xiang. Antara dakwaan lain, dia mendakwa Feng memintanya mengajarnya berenang, dan menyifatkan permintaan itu sebagai contoh "disyaki ... penyelewengan dana awam untuk kegunaan peribadi".
APA KATA FENG
Feng memberitahu Mediacorp bahawa beliau berlatih dengan Zhou Xiang selama tujuh bulan dari April hingga Oktober 2018, di mana beliau sendiri membayar yuran kejurulatihannya, kos sara hidup dan kos perjalanannya.
"Sepanjang tempoh itu, tiada pertikaian berhubung kewangan berlaku," tambahnya.
Menurut Feng, Zhou adalah siswazah Universiti Sukan Shanghai pada masa itu, dan aturan mereka melibatkan dia membantu Feng dengan latihan fizikal. Peranan itu juga sebagai latihan amali untuk Zhou, sekali gus menyumbang kepada tesis akademiknya, kata Feng.
Zhou meletak jawatan pada Oktober 2018, memetik keperluan untuk memberi tumpuan kepada tesisnya, tambah Feng.
"Sepanjang tempoh itu, tiada konflik antara kami berdua, dan saya percaya terdapat potensi untuk kami bekerjasama semula pada masa akan datang."
Bagaimanapun, sejak 2018, Zhou telah mengganggu Feng, keluarga dan rakan-rakannya melalui "penghinaan, kata-kata fitnah, serangan peribadi dan tingkah laku yang kesat sehingga menyebabkan tekanan mental yang ketara" ke atas keluarga dan dirinya.
"Pada 2021, Zhou Xiang malah membuat tuduhan palsu terhadap saya kepada Sport Singapore. Susulan siasatan yang dijalankan, Sport Singapore mendapati dakwaan itu tidak berasas dan mengeluarkan respons rasmi kepadanya," kata Feng.
"Saya telah mengelak daripada menangani perkara ini secara terbuka, tetapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi respons secara rasmi, kerana saya berharap ia dapat menamatkan pengalaman pahit selama enam tahun ini, dan memberi tumpuan kepada kerjaya saya selepas bersara dan kehidupan keluarga saya."
Feng juga berkata bahawa untuk "menjaga" haknya, beliau telah menghubungi peguam untuk mengumpulkan bukti "kenyataan fitnah dan tindakan pelanggaran privasi" oleh Zhou.
"Sekiranya dia meneruskan tindakannya yang menyalahi undang-undang, saya bersedia untuk mengambil tindakan guaman untuk melindungi hak dan kepentingan saya," tegas Feng.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.