SportSG, FAS & kelab Thailand meterai MOU tingkat bakat bola sepak

Gambar: CNA
SINGAPURA: Pemain bola sepak muda Singapura akan mendapat peluang untuk terus meningkatkan bakat mereka melalui lebih banyak pertandingan antarabangsa dan latihan luar negara di Thailand.
Satu perjanjian tiga tahun ditandatangani antara SportSG, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Kelab BG Pathum United dari Thailand.
Pasukan Singa Muda akan mendapat akses kepada kemudahan kelab yang dianggap sebagai antara yang paling elit di Asia Tenggara itu.
SportSG berkata pendedahan itu akan memberikan pemain bola sepak akses kepada kemudahan terbaik selain latihan lebih tertumpu.
Ia juga akan mengukuhkan lagi hubungan antara anggota pasukan.
Bagi BG Pathum United, perjanjian itu akan membolehkannya bersaing dalam acara seperti Piala Singapura dan Piala Lion City.
Pemeteraian MOU itu adalah sebahagian daripada matlamat lebih besar Singapura untuk mencapai kecemerlangan bola sepak melalui gerakan Unleash The Roar (UTR).
"Saya telah melihat kemudahan mereka dan ia benar-benar kelas pertama dan sangat dekat dengan Singapura juga. Jadi MOU ini membolehkan kami memanfaatkan kemudahan mereka dan keseluruhan infrastruktur latihan mereka," kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong.
Tetapi yang lebih penting, katanya perjanjian ia juga memberi peluang kepada pemain UTR untuk bermain dengan pasukan bola sepak yang mapan secara kompetitif dan bertarung menguji bakat mereka dengan rakan sebaya di ASEAN.
"Banyak yang perlu kita pelajari daripada perspektif pembangunan belia. Mereka mempunyai kepakaran bimbingan, dan dan kami merancang untuk mengadakan pertukaran ini dengan kerap untuk jurulatih kami juga berinteraksi dengan mereka," ujar Ketua Kumpulan Pembangunan Sukan, SportSG Marcus Tan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.