Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SportSG akan ambil alih hak milik Hab Sukan S'pura, jadikan ruang lebih mudah diakses masyarakat

Agensi pemerintah Sport Singapore (SportSG) akan mengambil alih pemilikan dan pengurusan Hab Sukan Singapura di Kallang bermula 9 Disember, dengan rancangan-rancangan untuk menjadikannya lebih mudah diakses masyarakat meluas di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jun 2022 05:54PM Dikemas Kini : 10 Jun 2022 09:11PM

SINGAPURA: Agensi pemerintah Sport Singapore (SportSG) akan mengambil alih pemilikan dan pengurusan Hab Sukan Singapura di Kallang bermula 9 Disember, dengan rancangan-rancangan untuk menjadikannya lebih mudah diakses masyarakat meluas di Singapura.

Mengumumkan demikian hari ini (10 Jun), SportSG menyatakan pihaknya sudah mencapai persetujuan bersama dengan pengendali sedia ada SportsHub Pte Ltd (SHPL) bagi menamatkan kerjasama awam-privetnya.

Hab Sukan sudah beroperasi selama lapan tahun sejak ia siap dibina pada 2014.

"Aspirasi dan keperluan Singapura, serta sekitaran operasi yang lebih melas bagi sukan dan hiburan, sudah berubah sejak itu," menurut SportSG dan SHPL dalam kenyataan media bersamanya.

"Pemilikan dan pengurusan langsung Hab Sukan sekali gus akan membolehkan SportSG memiliki lebih banyak kawalan dan fleksibiliti ke atas Hab Sukan.

"Dengan langkah ini, SportSG akan merangsang hasil sosial, sukan dan ekonomi yang lebih kukuh melalui Hab Sukan, dengan memaksimumkan potensinya dan juga memanfaatkan sinerginya dengan pembangunan kawasan Kallang Alive."

Di sidang media tersebut, pengerusi SportSG Kon Yin Tong menarik perhatian bahawa wujud lebih banyak persaingan di rantau ini sedang kemudahan-kemudahan baru sukan terus dibangunkan.

SportSG akan menubuhkan entiti baru korporat bagi mengendalikan arena sukan itu dan bekerjasama dengan rakan-rakan industri dari sektor privet "dengan aturan yang lebih fleksibel" bagi program-program atau acara-acara tertentu, kata ketua pegawai eksekutif Lim Teck Yin.

KERJASAMA AWAM-PRIVET

Hab Sukan Singapura seluas 35 hektar itu dibina pada kos S$1.33 bilion. Selain kapasiti seramai 55,000 penonton di Stadium Negara, ia juga merangkumi arena akuatik dalam bangunan, Arena OCBC berbilang kegunaan, pusat sukan air, Stadium Tertutup Singapura dan Kallang Wave Mall.

Projek itu adalah kerjasama awam-privet antara pemerintah dengan SHPL, iaitu konsortium yang dibentuk empat syarikat, yang terdiri daripada Infrared Capital Partners, Dragages Singapore, Cushman & Wakefield Facilities & Engineering dan Global Spectrum Asia.

Khidmat SHPL diambil pada 2010 dan memiliki kontrak 25 tahun untuk mereka bentuk, membina, membiayai dan menjalankan operasi bagi Hab Sukan.

Di bawah aturan itu, pemerintah membuat bayaran tahunan sebanyak S$193.7 juta kepada SHPL, yang bermula pada 2014, bagi mengendalikan Hab Sukan.

Syarat-syarat persetujuan projek itu membolehkan SportSG membuat keputusan sama ada dan bila projek itu harus ditamatkan dan untuknya mengambil alih pemilikan dan pengurusan Hab Sukan.

Sebaik sahaja kontrak itu ditamatkan, SportSG akan membayar SHPL sejumlah wang yang "agak besar" bagi pinjaman-pinjaman tertunggak yang diambil SHPL bagi pembinaan Hab Sukan dan "nilai pasaran terbuka yang adil" bagi Hab Sukan.

Jumlah yang dibayar itu, menurut agensi tersebut, adalah kos yang memang harus ditanggung oleh pemerintah sekiranya ia membiayai Hab Sukan dari mula tanpa kerjasama awam-privet itu.

Secara keseluruhan, kos menamatkan aturan dengan SHPL dan mengambil alih operasi Hab Sukan "dianggarkan boleh dibandingkan" dengan kos meneruskan aturan kerjasama awam-privet itu sehingga 2035, dedah SportSG.

Kedua-dua pihak akan mengambil pekerja-pekerja SHPL secara berasingan bagi membincangkan peluang-peluang pekerjaan.

Pada masa akan datang, kedua-dua pihak menyatakan ia komited untuk bekerjasama dengan lebih rapat bagi memastikan ia diambil alih dengan lancar dan tidak menjejas operasi dan program seharian Hab Sukan.

LEBIH BANYAK AKSES KEPADA HAB SUKAN

Dengan langkah ini, SportSG menyatakan pihaknya berhasrat menjadikan Hab Sukan lebih mudah diakses masyarakat dari segi kegunaan sukan, gaya hidup, hiburan dan sosial, sambil mengekalkan kemampanan komersilnya.

kallang alive

SportSG juga menarik perhatian bahawa dengan bertambah sengitp persaingan serantau dari tempat-tempat sukan lain yang bertaraf dunia, adalah penting untuk mengukuhkan kedudukan Hab Sukan dalam konteks kawasan meluas Kallang Alive.

Kemudahan-kemudahan di kawasan Kallang Alive yang akan datang termasuk Hab Bola Sepak Kallang, Pusat Tenis Kallang dan Hab Belia.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan