Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pore Flyer akan dibuka semula pada 15 Apr

Anggaran Waktu Membaca:
S'pore Flyer akan dibuka semula pada 15 Apr
Diterbitkan : 14 Apr 2022 06:18PM Dikemas Kini : 14 Apr 2022 06:18PM

SINGAPURA: Singapore Flyer akan menyambung semula operasinya pada Jumaat (15 Apr) setelah menerima kelulusan daripada Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA). 

Demikian menurut pengendali daya tarikan tersebut pada Khamis (14 Apr). 

Daya tarikan tersebut menggantung operasinya pada Januari sebagai "langkah berjaga-jaga" setelah mengesan "isu teknikal" semasa menjalankan  pemeriksaan penyenggaraan rutin.

"Keselamatan tetamu sentiasa menjadi keutamaan kami. Singapore Flyer akan menyambung semula operasi setelah semua pemeriksaan dan ujian keselamatan selesai dijalankan dan diluluskan oleh BCA," menurut pengendali berkenaan dalam kenyataannya. 

Pemeriksaan dan ujian yang dijalankan di bawah penyeliaan seorang jurutera profesional bertauliah mengesan "beberapa isu teknikal" yang menjejas bahagian kecil lapisan luar kabel jejari, kata seorang jurucakap Singapore Flyer kepada Mediacorp. 

Kabel tersebut menyokong bahagian luar roda pemerhatian gergasi itu dengan mengukuhkan struktur tersebut. 

"Keselamatan menjadi keutamaan nombor satu Singapore Flyer. Kami memberi jaminan kepada semua tetamu dan rakan bahawa ujian-ujian rapi sudah dijalankan untuk memastikan Singapore Flyer selamat untuk semua orang," kata jurucakap tersebut. 

"Selain itu, kami juga menjalankan kerja-kerja penyenggaraan rutin setiap hari sebelum memulakan operasi." 

Ini sekurang-kurangnya kali kedua Singapore Flyer terjejas oleh isu berhubung kabel jejari itu. Operasi digantung selama empat bulan pada November 2019 atas masalah yang sama. 

Para tetamu dengan tempahan sedia ada bagi lawatan ke Singapore Flyer sebelum 15 April boleh menempah semula tarikh lawatan mereka melalui www.singaporeflyer.com. 

Daya tarikan tersebut juga sedang bekerjasama dengan rakan-rakan tempahan bertauliah untuk menghubungi para pemegang tiket yang terjejas akibat penggantungan operasinya. 

Kedua-dua daya tarikan - Singapore Flyer dan Kapsul Masa - akan dibuka kepada orang ramai mulai Khamis hingga Ahad serta pada cuti umum, dari 3.00 petang hingga 10.00 malam. 

Sumber : CNA/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa