Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Spize tidak lagi dijamin halal sejak 1 Sep; dalam proses dapatkan semula sijil halal

Anggaran Waktu Membaca:
Spize tidak lagi dijamin halal sejak 1 Sep; dalam proses dapatkan semula sijil halal

(Gambar: Spize Bedok / Google)

BERITAmediacorp: Cawangan-cawangan restoran Spize tidak lagi dijamin 'Halal' sejak 1 September lalu. 

Dalam responsnya, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memberitahu BERITAmediacorp bahawa tarikh luput sijil halal Spize adalah pada 31 Ogos 2022. 

Permohonan bagi memperbaharui sijil halal bagi cawangan-cawangannya sudahpun dihantar kepada MUIS antara 18 dengan 21 Oktober. 

Menurut MUIS, pihaknya telahpun memaklumkan pihak pengurusan Spize supaya memastikan ia mematuhi syarat-syarat pensijilan Halal sebelum cawangan-cawangan restoran itu dijamin halal semula. 

Ini berikutan pertanyaan orang ramai di Twitter mengenai status Halal cawangan restoran itu di Bedok. 

Dalam hantaran akaun halalSG di Twitter pada 20 Oktober lalu, catatan tersebut mendakwa bahawa Spize tidak lagi dijamin halal.
Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan